Tiada siapa tahu, namun ramai yang ingin tahu, yang ada cuma teori-teori. ada yang mengatakan arca-arca gergasi itu ada kaitannya dengan makhluk asing. Teori yang lebih kukuh, arca itu adalah hasil tangan kaum pelaut Polynesian yang dikatakan pernah menghuni pulau ini sekitar tahun 400 Masihi. Dikatakan, puak pelayar ini terperangkap di pulau ini akibat cuaca buruk dan mula membina koloni baru namun akibat kekurangan bekalan makanan, mereka saling berbunuhan dan menjamah daging sesama mereka (kanibal!). Namun teoriini masih lagi belum dapat dipastikan kesahihannya. Ada pula pengkaji berpendapat, arca-arca gergasi ini adalah simbolisme keagamaan puak-puak pelaut Polynesian. Namun, jika dari jumlah arca-arca gergasi yang ada di sekitar pulau ini yang hampir mencecah 887 buah arca, ia sudah tentu mengambil msa yang lama untuk mengukirnya dan memerlukan tenaga kerja yang ramai. Yang menjadi tanda tanya, mengapa tiada sebarang tanda wujudnya tamadun manusia di sini? Takkanlah kaum yang mengukir arca-arca gergasi ini berulang-alik dari tanah besar (sejauh 2500 batu) ke pulau ini setiap kali mereka ini menyiapkan ukiran? Pulau Easter mula ditemui oleh seorang kapten Belanda pada 1722, pada hari perayaan Easter.
Ternyata, pada 1722, ketika pulau ini mula ditemui penjelajah Belanda, ia masih lagi berpenghuni namun populasinya tidak ramai. Teori yang paling kukuh dan diterima semua pengkaji setakat ini, populasi penduduk pulau ini pernah satu ketika mencapai hampir 15000 orang dengan tamadun yang lebih ke hadapan. Namun, dalam proses mereka membina arca-arca gergasi itu, beratus-ratus tenaga kerja dewasa diperlukan, manakala selebihnya terpaksa mencari bekalan makanan. Dalam pada masa yang sama, sumber kayu dan bahan semula jadi juga amat penting untuk dijadikan tali, roda dan beribu kegunaan lagi dalam pembuatan arca-arca tersebut. Akibat dari ini, setelah semua pokok di pulau ini ditumbangkan, ekologi di pulau ini musnah, bekalan makanan berkurangan, perang sesama puak membawa kepada kanibalisme sehinggalah yang tinggal beberapa orang seperti yang dilihat oleh penjelajah Belanda.
Namun, apa yang menariknya, kaum ini dikatakan mempunyai tulisan mereka sendiri. Penemuan terbaharu, setelah bertahun-tahun, pengkaji telah berjaya menggali keseluruhan arca-arca ini dan ternyata, ia bukan hanya sekadar arca kepala, ia lengkap dengan badan! Saintis juga turut menemui beberapa alatan ukiran serta cat yang dipercayai digunakan untuk mewarnakan badan dalam satu-satu upacara keagamaan yang mereka langsungkan. Para pengkaji juga turut menemui tapak-tapak pengkebumian di sekitar tapak ekskavasi mereka, menyokong lagi teori bahawa pulau tersebut pernah berpenghuni dan arca berkenaan bukanlah hasil tangan alien!


No comments:
Post a Comment