
Penduduk Jepun diramal akan pupus 1,000 tahun akan datang.
Jangkaan itu dibuat oleh ahli akademik lantaran dari purata bayi hingga
kanak-kanak berusia 14 tahun di negara itu mencapai 16.6 juta dan
semakin merosot pada kadar seorang setiap 100 saat.
“Jika angka kelahiran terus menurun, makan sambutan Hari Anak pada 5 Mei
3011 hanya akan dirayakan oleh seorang anak sahaja. Selepas 100 saat
kemudian, tidak akan ada lagi kanak-kanak”, kata Hiroshi Yoshida,
professor ekonomi di Universiti Tohoku.
Yoshida berkata, sejak tahun 1975, graf angka kelahiran negara matahari
terbit itu terus menjunam apabila kadar kesuburan di Jepun merosot
hingga di bawah dua orang anak bagi setiap wanita.
Kerajaan Jepun menganggarkan kadar kelahiran akan mencapai 1.35 anak
setiap wanita dalam tempoh 50 tahun dan kadar ini berada jauh di bawah
kadar sihat. Maka, jumlah warga tua pula akan meningkat.
Lantaran itu, hal ini merumitkan lagi kerajaan Jepun apabila terpaksa
menyediakan dana persaraan dalam jumlah yang besar, sementara golongan
produktif terus berkurangan.
Selain itu, perkara ini juga boleh diukur melalui permintaan serta hasil
penjualan lampin dewasa yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan
lampin bayi. Angka ini dikeluarkan oleh Unicharm yang mengeluarkan
lampin dewasa sejak 1987.
Hal ini di perkukuhkan lagi dengan kadar jangka hayat di Jepun adalah
tertinggi di dunia. Kadar ini akan terus meningkat dari 86.39 tahun pada
2010 kepada 90.93 tahun pada 2060 bagi wanita dan 79.64 tahun ke 84.19
tahun bagi lelaki.
No comments:
Post a Comment